Adun Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaima meninggal dunia

by Najib Hassan on September 27, 2010

KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaima, 45, kini dilaporkan dunia meninggal dunia pada 4.30 petang hari ini di Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur, kata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim. Marilah kita sama  sama sedekahkan al-fatihah kepada beliau. Maklumat tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang turut berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi. ”Beliau disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu.  Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.  Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.  Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah. Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People’s Hospital Fu San, China. Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: