Antara fungsi yang menjadikan Twitter popular adalah kebolehan menghantar tweet terus menggunakan SMS. Fungsi ini berguna apabila anda tidak berada di hadapan komputer. Jadi walaupun anda sedang berada di luar, anda masih boleh mengemaskini status anda, membuat sebarang liputan, ataupun menghantar apa sahaja yang terlintas di dalam kepala, terus kepada Twitter.
Walau bagaimanapun, tidak semua nombor di Malaysia dapat digunakan untuk menghantar SMS kepada Twitter. Perkara ini pastinya mengecewakan sebilangan pengguna Twitter tempatan. Namun begitu, anda masih boleh menghantar tweet menggunakan SMS, melalui gladlyCast. -nyam2
gladlyCast adalah sebuah aplikasi Twitter yang membolehkan semua nombor dari Malaysia dan Singapura untuk mengemaskini status Twitter mereka. Anda hanya perlu pergi ke laman web gladlyCast, dan log masuk menggunakan akaun Twitter anda. gladlyCast seterusnya akan memberikan arahan bagaimana anda boleh menghubungkan nombor telefon bimbit dengan akaun Twitter.
Setelah diaktifkan, anda boleh terus menghantar tweet dengan menghantar SMS ke +60 12 795 9876. Setiap SMS akan dicaj mengikut kadar biasa. Seperti apa yang anda lihat, gladlyCast menggunakan nombor Maxis. Jadi bagi para pengguna Maxis, anda boleh mendaftar nombor gladlyCast itu tadi ke dalam senarai Activ10, supaya setiap tweet yang dihantar hanya menggunakan 1 sen kredit sahaja.
Popularity: 2% [?]

{ 11 comments… read them below or add one }
Terima kasih atas blog dan arahan anda. :)
Beritahulah kami kalau anda ada apa-apa cadangan atau feedback. :)
Wahhh.. mesti cuba nih.. :P
.-= Mr.Bintang´s last blog ..Apabila tibanya Ramadhan, siapa yang harus dipersalahkan? =-.
anda patut cuba!
woho.aplikasi yang menarek.
saya sudah cuba!! ternyata berkesan.terbaekkkkkk
terima kasih!!!
celcom macam mana?
sama aja step dia kak kujie~ cuma caj celcom ikut rate celcom -> maxis la.. kalau no maxis boleh set active10 so 1sen je cost
cmna nk tukar no phone baru kat twitter…bnyk kali try tp asyik x boley je…dh ikut step2 kat devices tuh tp x berjaya jugak…ada sape2 leh tolong x??
ada tak yg guna celcom? adus. kalau la ada no celcom for twitter kan bagus
sape2 dah tyx bleh pun.. ym gua la.. sharul_mis
{ 2 trackbacks }