#*SILA REFRESH *#
##Maklumat terkini akan dipaparkan dari masa ke semasa. ##
CALON

Tuan Aziz Tuan Mat, 39 ( Barisan Nasional ) 
VS

Mohd Fauzi Abdullah, 50 ( PAS ) 
|
||||||||||||||||||||||||||||||
PERISTIWA
STAY TUNED~!
5.00 PM- Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam.
4.55 PM - Di Temali, seramai 350 orang berhimpun di hadapan pusat pembuangan undi (50%Pas dan 50% BN)%
4.52 PM – 10 minit sebelum tamat masa pengundian, peratus keluar mengundi sebanyak lebih kurang 86
4.40 PM – Kemalangan di hadapan Sek. Keb. Sungai Perial, Nadiah Mohd Kamil, 24, dari Kuala Kangsar cedera di bahagian mulut diiringi pegawal keselamatan PAS
4.31 PM - Calon BN meninggalkan UPU Temalih bersama pengiring-pengiringnya dengan bermotorsikal
4.30 PM - YB Takiyuddin berada di Sekolah Manik Urai Baru
4.15 PM – Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84%. Kenderaan bergerak sangat perlahan dari persimpangan Manek Urai Baru ke Sungai Perial
3.56 PM - Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.
3.50 PM – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab – dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.
3.30 PM - Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter
3.20 PM - Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai
3.15 PM - Menurut pegawai BNCommandCenter di Manek Urai, Peratusan hadir mengundi 74.6% manakala pengundi luar sudah ramai berarak pulang.
3.09 PM – Seorang petugas muslimat PAS Perak, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah terkena aksi membaling batu.
3.00 PM - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh
2.55 PM – Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.
2.38 PM – SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
2.00 PM - Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat di UPU Chuchu Puteri
1.50 PM – Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.
1.10 PM – Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.
12.34 PM – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 pemilih menunaikan tanggungjawab – empat jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.
12.19 PM – Pusat pengundian Peria – keadaan tidak terkawal ekoran penyokong kedua-dua pihak menyerbu ke dalam tempat pusat pengundian.
*Penyokong kedua-dua pihak juga saling berbaling botol dan batu antara satu sama lain. Polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan yang semakin teruk itu.
11.59 AM – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab – tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.
11.38 AM – Di Manek Urai baru, pengundi semakin berkurangan, kerana ramai pengundi yang telah keluar pagi tadi. Peratusan keluar mengundi 52%.
11.22 AM – Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.
10.57 AM – Di Temalir – lebih 40.59% pengundi telah keluar mengundi.
10.35 AM – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab – dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.
9.45 AM – Di Pusat mengundi Manek Urai Lama, anggota keselamatan polis menggunakan sebuah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meleraikan ketegangan yang berlaku disana.
9.35 AM – Di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru ketika ini, hanya saluran 1 dan 2 yang memenuhi dewan tempat mengundi, di saluran 4 masih ketara sedikit bilangannya waktu ini.
9.10 AM – Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat
9.08 AM – Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.
8.29 AM – Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.
8.00 AM – Kesemua 9 tempat mengundi rasmi telah dibuka.
7. 40 AM – Suasana di empat-tempat pengundian meriah. Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.
7.00 AM – MANEK URAI, 14 Julai – Jalan utama Gua Musang – Kuala Krai kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

{ 1 comment… read it below or add one }
lol