-fly Hari ini terasa seperti ingin menurunkan ilmu hitam sikit…takpe jgn risau..ilmu hitam ini bagus untuk cewek cewek..specialy yang pentingkan kecantikan..wahahahahah~. Hari ni Nj nak tulis pasal vitamin plak.~ meh kita tengok apa rahsia untuk kekal cantik macan kawan baik Nj nih
terima kasih kpd beliau kerna sanggup diperlakukan spt model walaupun beliau amat malu utk berposing macan tu..i knoe u damn hot! see..i tolddd uuu!! hot ~..tidak lupa juga terima kasih kepada abg jay~ yeahh u rock~~~~ u my idolaaaaa -argh4
Ohhh maaf terbanyak melalut tak tentu pasal sekejap tadi -nyam2 berbalik kepada topic asal kita..iaitu Vitamin~ ye vitamin memainkan peranan penting dalam hidup kita. Let check out beberapa jenis vitamin yang Nj senaraikan -smile
Terdapat beberapa jenis vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan ketahanan tubuh terhadap sebarang jenis penyakit.
Antaranya ialah:-
Vitamin B Kompleks
Kumpulan vitamin B sangat penting dalam proses penukaran tenaga daripada makanan menjadi tenaga yang diperlukan. Seluruh vitamin B iaitu Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Asid Pantotenik (B5), Asid Folik (B9) dan Cobalamin (B12) berfungsi bersama sebagai satu unit dan saling membantu untuk melakukan tugas dengan baik. Sebagai contoh vitamin B9 (Asid Folik) bersama dengan vitamin B12 (Cobalamin) dapat menghasilkan sel DNA yang sihat. Kajian yang telah dijalankan mendapati kekurangan Asid Folik yang berterusan boleh menyebabkan kerapuhan DNA dan seterusnaya menyebabkan peningkatan mutasi dan kesilapan replikasi DNA sehingga memberi peluang sel-sel kanser terbentuk.
Selenium
Selenium adalah mineral penting yang berkerja sebagai komponen antioksidan enzim Glutathion Peroside. Ia bergabung dengan beta karotena untuk menghalang kerosakan membran sel oleh radikal bebas. Selenium juga membantu mempercepat pengeluaran antibodi dan meningkatkan keupayaan makrofaf dan sel-sel pembunuh bakteria dan tumor. Kajian mendapati bahawa penduduk yang hidup di kawasan yang tanahnya mempunyai kandungan selenium yang tinggi akan mempunyai peratus kejadian kanser yang rendah.
Selenium memudahkan penyingkiran raksa dan kadmium daripada tubuh badan. Bentuk selenium yang terbaik ialah selenomethionin yang diekstrak daripada tumbuhan laut yang kaya dengan selenium.
Magnesium
Magnesium diperlukan untuk pengeluaran antibody oleh limfosit B dan mengawal metabolisme vitamin C dan kalsium. Paras magnesium yang rendah boleh menjejaskan kecekapan kedua-dua nutrien tersebut
Diet yang mengandungi fosfor yang berlebihan (makanan daripada sumber daging, makanan yang diawetkan dan minuman ringan) akan menghalang penyerapan magnesium dan zink.
Zink
Zink diperlukan untuk mengeluarkan hormon-hormon thymus yang akan membantu pematangan limfosit terutama limfosit T. kekurangan mineral ini akan mempengaruhi tindak balas sistem imun. Paras zink yang rendah lazimnya ditemui pada pesakit kanser paru-paru dan kanser prostat. Ini menunjukkan adanya hubung kait antara kemerosotan sistem imun dengan paras zink yang rendah di dalam tubuh.
Kalsium
Kalsium diperlukan untuk mengikat garam hempedu dan asid lemak yang dapat merosak alas epitel kolon dan menyokong penggandaan sel dengan cepat. Daripada kajian yang telah dijalankanm didapati penambahan kalsium sebanyak 1200-1500 miligram sehari mempunyai hubung kait dengan pengurangan polip adenoma kolon (suatu ketumbuhan jinak yang boleh berubah menjadi berbahaya). Bentuk kalsium yang paling baik ialah kalsium yang terikat seperti kalsium gluconate, kalsium lactate dan kalsium aspartate.
Asid Gama Linolenik (GLA)
Asid Gama Linolenik (GLA) merupakan salah satu daripada asid-asid lemak perlu. Kita seharusnya boleh memperoleh ia daripada minyak sayur yang tidak diproses di dalam diet seharian. Walau bagaimanapun, kebanyakan minyak sayur pada masa ini telah diproses sehingga paras GLA dalam minyak sayuran tidak mencukupi.
GLA amat berkesan untuk menentang virus yang mempunyai membran berlemak. Kemampuan antivirus dalam air susu ibu sebahagian besarnya disebabkan kandungan GLA dan kolostrum. Ia juga diperlukan untuk mencipta interferon – molekul penentang virus. Penurunan pengambilan EFA ( Essential Fatty Acid = Asid Lemak Perlu) didapati selari dengan peningkatan masalah gangguan sistem imun seperti jangkitan virus, keletihan pasca virus, sindrom penyakit lelah, alahan, arthritis rheumatoid dan lainnya.
Beta Glucan
Ia merupakan polisakarid semula jadi berantai panjang dan merupakan perangsan imun yang mujarab dan bersifat anti kanser. Ia mendorong makrofaj dan sel-sel pembunuh kepada keadaan yang bersedia untuk bertindak. Beta Glucan juga boleh merangsang pengeluaran sitokin dari makrofaj untuk menentang sel-sel kanser.
Sekian tamat sudah topic pengajaran tentang vitamin pd hari ini. Bersurai Kelas~
Popularity: 1% [?]


{ 16 comments… read them below or add one }
duit?
haha..betul la 2..
post paling berkhasiat penah dihasilkan..hehe
owh satu nk tambah klau yang jenis suka makan
pil-pil makanan tambahan tu.. baik xyah..
dhlah mahal.. tapi last skali..
dibuang melaui air kencing, jd beli
mahal2 tu semata-mata untuk dijadikan air kencing./
perghh..luciously informative ..sero supo masuk farmasi nenaz hehehe
terima kasih..sila datang lagi ye~ :D
callister: tag duit tu utk link exchange :P
izzat: boleh kamo jelaskan apa makanan yang kita makan tapi tak keluar balik~ h0h0h0h…ala baiii vitamin tu mana jadi air kencing bai…dia hancur ditelan oleh sel sel badan ~
dude ..u have got to be kiddin me …check your mush khlik section ..when did Yasmin AHMAD became Yasmin Hamid? wakakakakakakaka tu Jasmin Hamid pelakon drama liao…fix it lohhh..
whops~ salah..hahahahha sory sory…blog still under maintance :D
bongek si kamben!
=P
http://www.ariyako.org/wp-includes/images/smilies/wink.png
sile del lg!
sekian time kaseh kamben bongek!
^^
ku sedar ku hanyalah kambing bongek…tidak sekacak bulan kau..tidak sehero bulan kau..tidak sehensem bulan kau.. oh frustnya aku
ades.
kembali pd topik ya
incik arie taw cmne nk bsrkan bdn?
^^
Hmmm untuk membesarkan ada beberapa cara. sebelum itu saya nak bertanya. Adakah susuk tubuh cik masih kekal selepas berkahwin? Jika ya itu menandakan genetik tubuh cik dah tak boleh nak grow-up lagi. Jika susuk tubuh berubah dat mean cik boleh la beli appeton weight gain! haahahhahaha
ouh.
jaja ta mngembang pn lps kawen
bentuk pn ta berubah
sketsket ada
huu!
ades.
jaja bole mengurus
tale menggemok
Jaja: nampaknya tubuh kam0 takley membesar sangat..mungkin mngembang sesetengah tempat aje :D ape ape ponk amalkan permakanan yang sihat ye. and 1 more things. Dont kill ur own blood again…
bunuh blood?
waaa!itu boleh d bunuh kah?
ades.
ta paham jaja.
pe arie mencarot ni?
hahaha!
hiah….takpe lah tak faham..ayat bahasa orang tua tua je kot yang faham :) maklun la orang dah modern skrg…~