kemalangan cinta yang ngeri.

by Najib Hassan on December 26, 2008

Hand of Pikture

T.a.n.g.a.n

Hi..k0n ban wa semua

Haik~ mushi mushi mushi….harap semua orang seronok cuti sempena hari krismas yek!…kemarin selepas berbual dengan fairuji, kami berdua teringat satu kisah dizaman skola yang boleh membuatkan para pembaca pecah usus perut kecil dan tergolek golek macan ayam panggan rempah kari pedas dan ketawa mengalahkan pontianak harum sekejap :cry:

Kisah ini adalah sambungan daripada blog fairuji, jika anda masih belum membaca permulaan cerita ini silalah ke blog beliau ye… Klik  SINI

Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa
setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas
belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu
berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor
anak beruk.

Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat
dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya
insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s,
Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti
yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan
kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi
telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk
dibuat makanan lembu.


Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini
aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar
Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil
keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku
berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu. Nak tak?

:kilat:

p/s: jika anda bergadoh dengan makwe/pakwe, apa kata cuba send this letter kat diorang..mesti tak jadi nak marahnya..btw story ni really² buat kami pecah perut masa kat skolah dulu²..surat yang membuatkan suanana sunyi sekolah bertukar menjadi suasana ketawa macan pontianak semua~ HA HA HA HA HA HA HA HA HA cayalah kepada pengarang asal cerita ni..KAMI TABIK LU BEB!!!!! :hahaha:

{ 12 comments… read them below or add one }

Sweet Thinker December 26, 2008 at 11:16 pm

hoh. stat tulis pasal kehidupan nmpk. hehe. truskan berkarya :D

Reply

Najib Hassan December 27, 2008 at 9:51 am

heh…terima kasih cik ST

Reply

aim December 27, 2008 at 6:25 pm

nice story..
sakit perut gak..mcm memang melampau metaporanya tp best..

Reply

jaja December 27, 2008 at 7:40 pm

seriously
mmg jd kot sbnrnye
sal bg kat exBF.haha!ms tu sj j.
esoknye trus die mntk kapel blik
hahaha!

tengs surat-cintun-tonget!

Reply

anonymous December 27, 2008 at 9:33 pm

Huih…surat cinta…oh mmg syahdu..ku pon sedang mencari…trimas!

Reply

Azah December 28, 2008 at 12:49 am

kreatif seorang pencinta ini…

Reply

Najib Hassan December 28, 2008 at 5:23 pm

itulah..mmg kretif dalam penulisan yang mengarut tapi fail dalam realiti yang sebenar~

Reply

sha December 29, 2008 at 3:45 pm

merendah diri nampak nya…semakin matang babyboi ini…

Reply

Najib Hassan December 30, 2008 at 11:32 am

sha: hahahahaha……merendah diri itu satu sifat yang disukai oleh semua :D trying to be

Reply

pelise December 30, 2008 at 1:44 pm

citer ni mmg popular dulu la…kelakar jd bahan lawak sang pencinta yg nk tunjukkan reaksi sakit hatinyer terlalu dalam samapai jd lagu ni…

p/s>>dh ok ker blomm?

Reply

Najib Hassan December 30, 2008 at 4:55 pm

ekekekekke…itulah..citer yang membuatkan nak menagis tak menjadi.

p/s: apa yg ok apa yg tidak?

Reply

jaja December 30, 2008 at 6:54 pm

*sigh*

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: