-yay! haikkkkkkkkkkkkkkkk Selamat Hari Selasa semua -smile
Topic kita pada hari ini ialah tidooooooooo..yeee anda semua mmg suka tidur kan kan kan kan? ala mengaku je la.. -wek taknak mengaku yee..takpe takpe…jom sambung lagi pasal topic tidur.
Ehemmmm -misai test 1 2 3 sebelum berucap
Tidur Yang Sihat -nyam2
Keperluan tidur seseorang berbeza-beza mengikut usia. Ia tidak hanya sekadar berbaring sambil melelapkan mata, sebaliknya tidur amat bermanfaat dalam kesihatan tubuh seseorang, tidur yang berkualiti besar feadahnya untuk penampilan lebih segar, cantik dan berseri.
Antara Tips-tips tidur yang best adalah -kiss
- Pastikan anda tidur pada waktu yang sama setiap hari. Cara begini akan mendisplinkan “jam tubuh” anda.
- Pastikan bilik tidur anda cukup tenang dan gelap untuk mengoptimumkan fungsi hormon melatonin (hormon yang membantu untuk tidur).
- Selain itu, pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan terlalu sejuk kerana ini akan mengganggu tidur anda.
- Gunakan bantal yang nyaman, lembut, tidak terlalu keras dan tidak terlalu nipis. Pastikan juga sarung bantal dibersihkan selalu agar tidak menimbulkan masalah kulit seperti jerawat.
- Bersenam dengan teratur pada waktu pagi atau petang terbukti dapat memperbaiki kualiti tidur seseorang.
- Buat rutin sebelum tidur seperti latihan menenangkan fikiran, urutan, mandi air suam atau rawatan tubuh. -smile latihan tenang fikiran k..jgn buat latihan lain taw -hehe
- Hindari bersenam menjelang waktu tidur kerana ia meningkatkan suhu badan sekali gus menyukarkan anda melelapkan mata.
- Jangan melalukan aktiviti yang memerlukan anda memerah otak seperti membuat kerja dengan komputer riba, menonton tv dan sebagainya.
- Pastikan juga perut anda tidak lapar atau terlalu kenyang. Selain itu, jangan mengambil makanan yang mengandungi kafien seperti kopi, teh yang boleh menghilangkan rasa mengantuk.
Pastikan anda mendapat nasihat dari pakar atau doktor sebelum mengambil ubat tidur.
Selain itu, cipta rutin sebelum tidur yang lebih menyenangkan.
- Pastikan mata terpejam rapat dengan masker mata yang lembut
- Sediakan alat tekup telinga untuk mengatasi masalah bunyi bising yang boleh menggangu tidur anda. -leper
- Tidur akan lebih nyaman jika anda menyembur keharuman bunga lavender pada tubuh, ruang tidur dan juga baju tidur.
- Selepas mandi, sapukan losen tubuh -nyam2 yang mengandungi ekstrak lavender dan chamomile yang memberi kesegaran, selain membantu mengatasi stress.
- Tambahkan titisan minyak pati ketika anda merendam kaki dengan menggunakan garam dan air suam untuk membuat anda relak dan tenang.
Sehingga tu kita berjumpa lagi ni topic akan datang….~ -hehe3

{ 5 comments… read them below or add one }
dah bertahun tahun tidur dengan buku dan phones hahahahaha..no wonder la tak cantik…kot….
aku memg suka tdo..
tapi xda la cantik sgt jadinye..
callister: ahahha dah tau kamu mmg seorang yg suka tidur …kalau dah tido terlebih waktu mana nak cantiknya oiii
sha: huh tidur dengan buku buat ape..langsung tidak menjamin kesihatan..cuba la tidur dengan buat epel ke,,buah strawberi ke..buah kurma ke..mesti cantik
oo takdok pasal laaa keno hurung ko semut gatal…belllaa la dok pungg…
tido…suka tido terutama wktu mlm…sebab aku xreti tido siang klu aku dh tido siang maknenyer aku letih sgt ler tu…syoknyer tidoo….best2…lg 1 cam er nk gune icon en najib kat bwh tu…